“Kami terus perlukan ANDA, di sini..."
"Siapa sangka, sekelip mata, air naik lebih dari buku lali. Sedar-sedar, air dah melimpah masuk ke dalam kawasan rumah. Hujan lebat dah berhenti tapi paras air masih tinggi. Anak-anak menangis ketakutan. Ibu ayah terkandas dalam perjalanan dek kerana tanah runtuh. Atuk nenek terbaring di atas katil yang sedikit lagi akan terkena air. Bantuan yang diharapkan masih belum kunjung tiba. Ya Allah, selamatkanlah KAMI disini…"
Lihatlah Tuan/Puan, keadaan semasa yang berlaku sejak dua tiga hari ini di negeri-negeri yang terkesan. Jumlah mangsa-mangsa banjir makin meningkat, pusat pemindahan sementara terus dibuka satu persatu. Makna kata, keperluan asas juga amat DIPERLUKAN SEGERA.
Sayu melihat keadaan mereka yang menantikan bantuan segera, pihak Al Azhar Care telah menyediakan satu platform mudah kepada anda yang ingin membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dari
jauh dan tanpa turun lapangan melalui sumbangan secara maya. Dengan izin Allah, segala hasil kutipan yang disalurkan ini akan diagihkan sepenuhnya kepada pihak-pihak yang terkesan serta dapat meringankan bebanan mereka secara tidak langsung.
Oleh itu, pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai serta doa dari anda semua agar urusan agihan dan bantuan ini dipermudahkan dan dipanjangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan. Sesungguhnya, bantuan kecil ini amat bermanfaat bagi mereka. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang melepaskan kesusahan seseorang di dunia, Allah akan lepaskan kesusahannya di hari akhirat." [Hadis Bukhari}
ANTARA AGIHAN BANTUAN YANG AKAN DISALURKAN KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR TERMASUKLAH:
( Untuk perkembangan semasa agihan bantuan, anda boleh layari laman rasmi Facebook Page kami di https://www.facebook.com/ALAZHARCARE )
MAKLUMAT TAMBAHAN:
- Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +6013-9999894 (Wakil Pengurusan Al Azhar Care).
NO. PENDAFTARAN: PPM0180417052019
SEGERA SALURKAN BANTUAN ANDA!
MEREKA TERKESAN HARI INI, KITA TURUT TERKESAN