Jangan tunggu nanti, bimbang tiada bekalan untuk bertemu Ilahi di kemudian hari. Mari berwaqaf !
Sabda Nabi S.A.W;
“Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat”
Tentunya, kebahagiaan untuk bersama para anbiya’ di syurga, dapat minum daripada telaga al-kautsar menjadi idaman buat seluruh orang yang beriman.
Begitulah, betapa kasihnya Allah kepada hamba-Nya walaupun jasad sudah tidak bernyawa.
KENALI KAMI:
Azhar Care ditubuhkan pada 2017 oleh asatizah alumni al-Azhar dengan tujuan untuk membantu menjalankan kerja-kerja kebajikan pendidikan dan kemanusiaan di pelbagai tempat seperti Syria, Gaza dan Yaman juga tidak ketinggalan warga Malaysia terutamanya.
Terbaru, Azhar Care sedang menggerakkan kutipan dana untuk WAKAF AL-QURAN. Melihat kepada keperluan masyarakat pada hari ini, Azhar Care terpanggil untuk meluaskan lagi medium kebajikan dan kemanusiaan untuk membantu mereka yang memerlukan dan terpinggir.
BERWAQAF KEPADA SIAPA?
Tahukah anda, di negara yang mempunyai jumlah Muslim yang minoriti seperti Sudan, Chad, India dan lain-lain, mereka mempunyai halangan yang sangat besar untuk memiliki al-Quran, apatah lagi untuk membacanya.
Terutama kepada golongan Muslim yang ditindas dan berada dalam kesempitan hidup. Menulis ayat Al-Quran di atas kayu, berkongsi al-Quran hampir 5 atau 6 orang untuk mengaji dan menghafal, malah mempunyai al-Quran yang lusuh antara kepahitan yang terpaksa mereka hadapi.
Kemisikinan menjadi penghalang utama buat mereka.
Oleh itu, Azhar Care terpanggil untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang mengambil berat akan keadaan sahabat seakidahnya yang lain dengan menyediakan jumlah al-Quran yang semampunya.
Tidak terkecuali, wakaf al-Quran ini juga akan diberikan kepada mereka yang amat rapat dan bersahabat dengan Al-Quran, terutama pelajar-pelajar pondok, masjid dan surau.
SUMBANGAN YANG TELAH DILAKUKAN SEBELUM INI:
SASARAN YANG DIPERLUKAN:
Azhar Care mempunyai harapan yang sangat tinggi dengan meletakkan sasaran pengumpulan al-Quran sebanyak 4 000 naskhah sebulan, dengan kutipan yang disasarkan sebanyak RM 200 000 sebulan.
Dengan hanya RM 30 yang anda hulurkan untuk niat berwakaf buat ibu bapa atau orang yang tersayang, tidak mustahil ia akan menjadi satu amalan yang akan menjadi saksi di akhirat kelak.
Semestinya rantaian pahala itu akan mengalir bagi siapa yang membaca dan mengamalkan al-Quran hasil daripada sumbangan anda buat mereka. Inilah ‘duit akhirat’ yang kita akan gunakan sebagai ‘tiket’ untuk masuk ke syurga nanti.
Jumlah yang disasarkan mampu untuk direalisasikan jika kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya.
Untuk memudahkan urusan anda, terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk berwaqaf:

CARA-CARA UNTUK MEWAQAFKAN AL-QURAN
Justeru, tangan yang berada di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Itulah tafsiran daripada petikan hadis Nabi Muhammad SAW khusus menyarankan umatnya untuk sentiasa memberi. Keywordnya mudah, “BERKONGSI”.
Lafaz Waqaf (untuk diri sendiri):
"Saya mewaqafkan / menginfakkan al-Quran yang berjumlah RM (30/60/90) untuk usaha-usaha pemakmuran al-Quran kerana Allah Taala."
Waqaf juga boleh diniatkan pahala waqaf kepada individu lain.
Lafaz Waqaf (untuk orang lain):
"Saya bagi pihak ...... mewaqafkan / menginfakkan al-Quran yang berjumlah RM....... untuk usaha-usaha pemakmuran al-Quran kerana Allah Taala."
Dengan bersedekah antara tanda usaha untuk menawan cinta Allah dengan harapan ia akan menjadi hasil untuk dikutip di akhirat kelak. Moga Allah memberkati segala amalan yang dilakukan buat para penyumbang.